Tuesday, January 29, 2013

Kerja KosongTarikh Tutup
AliKedah
AhmadPerlis
Anuarperak
AbuPahang

Saturday, December 22, 2012

Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes


CONTEST BERSAMA CIK TOM DAN EXABYTES


Salam… Harini gua nak jemput semua rakan blogger untuk join Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes.(Click sini untuk join) Hadiah tajaan ialah domain dari exabytes dan wang tunai dari cik tom.

Hadiahnya ialah domain “xxx.com.my”+ RM20 untuk 3 pemenang. Pemenang ditentukan berdasarkan cabutan bertuah dari random.my ye.

Syarat penyertaan Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes;

1. Buat satu artikel bertajuk “Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes“.
2. Follow Google plus cik tom (optional)
3. Sebarang cadangan komen/ penambahbaikan bagi blog ciktom.com dari segi penulisan ataupun interface blog. (supaya cik tom dapat lakukan perubahan lebih baik 2013)
4. Adakah anda pelanggan exabytes? Jika YA, komen anda mengenai servis exabytes? Jika TIDAk, apa pendapat anda mengenai exabytes?
5. Pada akhir entry masukkan ayat ini- “Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes.”

6. Tarikh tutup penyertaan pada 27/12/2012 (6 hari sahaja ya).

Ciktom - Saya rasa blog ciktom dah ok dari segi penulisan cuma nak tanya ciktom tak rasa nak tukar header baru ke kat blog ciktom tu? ( Jangan marah ) Sebab saya dah lama follow ciktom dan tengok banner tu masih tak bertukar-tukar lagi..hehe.Azam baru ciktom sempena 2013 nanti.Apa yang penting sekali blog awesome gitu.itu sahaja komen dari saya.harap menang contest ni.hehe :)

Exabytes - Tidak,tapi saya join dia punya affilates je sebab commision dia tinggi dan exabytes sentiasa promotion and discount yang hebat dan mantap.hehe.

                             
     + Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes +

Thursday, December 20, 2012

Selamat Datang Advertlets ,Sayonara Nuffnang

As-Salam dan Selamat Pagi Jumaat,

Fuhh,dah lama gua tak menulis di blog yang kian usang ini.Tiba-tiba jer hati gua tergerak nak menaip di blog ni.Tujuan sebenar gua nak menulis page nie sekadar nak bagitau yang gua dah mengunakan khimat Adverlets
sebagai Ads gua kat blog ni.

http://mybloggercon.com/1027/wp-content/blogs.dir/2/files/2007/10/logo-adverlets-large.gif

Gua sebenar saja jer nak try macam mana sistem advertlets ni.Al-maklum la gua nie blogger baru kat dunia maya yang serba canggih ini.gua harap korang support la blog gua yang tak seberapa cantik dengan isi pula yang tak berfaedah ni.HEHE.

Nanti gua akan update lagi tentang Advertlets ni.gua nak share pandangan gua berkerja dibawah advertlets ni.kepada yang dah otai tu share la sedikit sebanyak ilmu yang koranga ada..Tunjuk Ajar Ku Sifuuu..HEHE

Target gua lepas ni ialah nak berkerja dengan innity plak.Harap impian ini terlaksa walaupun mengambil masa yang agak lama.so,setakat ini sajalah entry gua untuk hari ini.Konklusinya gua nak ucap selamat tinggal Nuffnang.HEHE.


http://1.bp.blogspot.com/_muxpMs8d8Uc/S596m5a04FI/AAAAAAAABrQ/0JAaVVwEod4/s400/untitledgf.JPG

Saturday, December 15, 2012

Burung Hantu dan Adobe Photoshop


As-Salam, dah lama gua tak menjenguk blog gua si burung hantu ni.gua sebenarnya sibuk duk belajar Adobe Photoshop dengan Mr.Youtube.Nak buat macam mana takde sifu lain yang ingin mengambil gua sebagai anak muridnya " Tunjuk Ajar Ku SIPUT sedut " , Katanya Jozan..HAHA.

Setakat gua dah improve sikit dalam penggunaan PS.gua dah kenal sedikit sebanyak tools yang ada dalam PS untuk membuat sesuatu Design dan juga gua dah kenal apa itu effect yang ada dalam PS.Rupa-rupanya PS ni ada macam yang boleh kita buat.Masih banyak lagi yang gua tak tahu dalam PS ni.Tapi  bak kata pepatah " Tak Kenal Maka Tak Cinta " so, kita kenalah belajar mengenali dia dulu baru la wujud perasaan cinta itu..Wakaka, dah macam entry orang nak bercinta la plak.

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/16070_514627485221674_1691802460_n.jpg
Gambar 1st Draft yang gua buat
https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/556330_514578121893277_702356043_n.jpg
Hanya Poster macam nie jela yang mampu

Cukup setakat ni jela post gua arini, Sekadar mengupdate entry blog gua yang kian usang ni jer.Lau tak dibiarkan lama-lama nanti berkerat pulak jadinya..Bye.

Sunday, December 2, 2012

Giveaway For Followers

Assalamualaikum (^__^)v
 
# klik banner untuk join!


Hadiah dari sponsors :
1. dari APIT - DVD TOP Secret Photoshop 1 Set x1 pemenang
                     - Review Blog x2 pemenang
2. dari AZHAFIZAH - Keychain Exclusive Azhafizah.com x5 pemenang
3. dari SHIDA'R - Calendar Exclusive Duniashida.com x5 pemenang
4. dari EMAS PUTIH - Topup RM5 x6 pemenang (celcom dan maxis)

Friday, November 16, 2012

Save Palestine

 

Cuba anda perhatikan gambar di atas ni betul-betul,cuba anda bayangkan apa perasaan diorang masa tu.Semestinya diorang merasa amat takut, sedih, letih dan bermacam-macam lagi perasaan yang timbul.Tapi dilubuk hati mereka,mereka tetap teguh perjuangankan islam.Alangkah beruntungnya kita dapat hidup di bumi yang aman ini.kita patut bersyukur dan mempertingkatkan iman kita pada Allah S.W.T .Sebagai saudara sesama Islam,gua rasa terpanggil untuk membuat post berkenaan isu palestine ini.


“….(tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan pembelaan agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah terikat perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan” (Al-Anfal:72)
 

Sungguhpun gua tidak mampu berjihad seperti mana mereka berjihad tapi gua cuba untuk berjihad untuk membantu mereka sedaya yang gua mampu.Siapa lagi akan membantu untuk mereka kalau bukan kita sesama islam.Bertapa peritnya perasaan seorang budak yang masih kecil itu yang patut masanya di isi dengan
belajar dan bermain.Tapi malangnya,ia terpaksa bersembunyi daripada puluhan ribu peluru dan bom yang tidak kenal tua atau muda.

 

Sebagai saudara islam yang daif gua hanya mampu berdoa dari jauh memohon kesejahteraan dan keselamatan umat islam di palestine.Memandangkan gua punyai blog gua cuba sebarkan isu ini moga dapat diperhebakan lagi isu kekejaman rejim zionis dan golongan kuffar yang memerangi Islam dan juga memboikot sebaik mungkin barangan Yahudi.Sama-samalah kita boikot baranganYahudi yang digunakan untuk membeli keperluan untuk mereka berperang.
 
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)” (Al-Baqarah:195)


      

      ” ya Allah selamatkanlah Umat Islam di Palestine dan diserata dunia…”

Thursday, November 15, 2012

Solat

 

Assalamualaikum,arini post gua special sikit sebab gua nak bercerita tentang agama iaitu Solat.Sebab gua  nak teranagkan pasal solat ialah kerana solat itu tiang agama.Tak ada tiang tak jadi la rumahnya.Sebenarnya gua bukan pandai sangat nak bercerita pasal agama tapi Solat ni dah jadi satu kewajipan untuk kita.Gua bukannya nak berceramah kat korang sebab gua bukannya ustaz mahupun alim ulamak.gua hanya insan biasa yang ingin bangkit menegakkan kebenaran islam.gua cuba perbaiki diri gua walaupun gua tahu diri gua ini tidak sempurna nabi Allah Muhammad S.A.W.

Jadi Kesempatan gua dah ada blog dan rajin nak menaip ni,gua nak berkongsi sedikit ilmu pasal solat.gua nak post pasal ciri-ciri solat sempurna.Yang pasti gua tahu semua orang islam pandai solat,tapi tidak semestinya solat kita sempurna.so,sebagai muslim gua cuba berkongsi untuk diri gua sendiri dan juga korang.
artikel ni pun gua petik dari satu forum iaitu Halaqah yang di post oleh saudari Ummi Munaliza.jom kita hayati dan pelajari.

Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna?

Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. ciri-ciri solat yang sempurna ialah;
1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.
2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.

Apa hukum mengetahui kaifiyat solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-? Bagaimana caranya?


Hukumnya adalah wajib kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda (dalam bentuk perintah); “Kerjakanlah solat sama sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dari Malik bin al-Huwairith –radhiyallahu ‘anhu-)

Untuk mengetahui kaifiyat solat Nabi, caranya ialah melalui riwayat-riwayat yang soheh dari para sahabat yang menceritakan bagaimana Nabi mengerjakan solat bermula dari niat dan takbiratul-ihram hinggalah kepada memberi salam.

Apa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat?

1. Bersih dari hadas dan najis.
2. Memakai pakaian menutup aurat
3. Memastikan telah masuk waktu jika solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha atau sebagainya.
4. Memastikan arah qiblat.
5. Persediaan batiniyah; iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberi tumpuan kepada solat sahaja.

Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna?

Menyebabkan solat tidak sah jika yang tidak disempurnakan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat. Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Suatu hari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki, lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; ‘Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat’…” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunnya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi supaya mengulanginya semula.