Sunday, November 11, 2012

Aku dan Politik

Assalamualaikum..

Post kali ni gua xnak cerita panjang pasal tajuk,tengok tajuk pun korang da tahu gua nak story pasal ape? tapi gua xpandai sangat nak explain pasal POLITIK jadi gua ada terbaca satu artikel yang ditulis oleh brader Saifuddin..baca punya baca gua rasa tertarik dan menarik.

              

brader tu kata yang iklim politik dekat negara kita kelihatan semakin adversarial (bertentangan) sehingga bermusuh-musuhan antara satu sama lain. Ia bukan sahaja berlaku di antara dua pihak yang berlawanan, malahan turut berlaku di peringkat dalaman, iaitu sesama sendiri.

katanya lagi,fenomena adversarial ini muncul dalam beberapa bentuk. Antaranya ialah serangan yang keterlaluan terhadap pihak lain. Kritikan dan bidasan terhadap pihak lain adalah adat demokrasi. Tetapi, kalau ia keterlaluan sehingga mengajak orang lain membenci pihak lain, maka, ia tidak sihat. Apa lagi kalau ia melibatkan serangan peribadi dan mengaibkan orang lain. 

Sifat adversarial menyebabkan ada yang tidak berlaku adil terhadap pihak lain. Contohnya, pihak lain itu pertubuhan yang berdaftar atau program yang tidak perlu didaftarkan. Tetapi, ia dituduh sebagai pertubuhan haram. Sesiapa sahaja yang dianggap menyokong pihak lain itu, maka, ia juga dituduh sama seperti pihak yang diharamkannya itu.

Adversarial juga menyebabkan ada yang melupakan pertimbangan ilmu dan akal. Contohnya, kalau ada pihak lain yang berbeza pendapat dengannya, maka, pihak itu dilabel menentangnya. Kalau ada yang membicarakan sesuatu idea yang kebetulannya turut dibicarakan pihak lain, maka, ia dituduh menyokong pihak lain atau musuh dalam selimut.

                

Terdapat pula yang terlalu partisan, iaitu dalam apa jua keadaan, sesuatu pihak akan menyatakan dirinya betul dan pihak lawannya salah, walaupun fakta atau realiti menyatakan sebaliknya. Ia menimbulkan keadaan yang membenarkan yang salah, atau menyalahkan yang benar, semata-mata kerana sifat partisannya.

Ini sebahagian daripada gejala politik fitnah. Fitnah memporak-perandakan semua. Ia tidak berintegriti, malahan kotor. Dalam konteks membangunkan politik baru, iaitu politik yang lebih sihat dan segar, maka, kita perlu menganjurkan politik hikmah sebagai alternatif yang positif kepada politik fitnah yang negatif.

              

Politik hikmah adalah politik di mana kearifan ilmu dan kebijaksanaan digunakan dalam berpolitik. Maknanya, politik hikmah menjadi panduan dalam urusan politik. Ia menolak politik yang adversarial dan terlalu partisan.

Sebaliknya, ia berpandu kepada prinsip-prinsip seperti: budaya ilmu; janganlah kebencian terhadap sesuatu pihak menyebabkan berlaku zalim terhadapnya; bersangka baik terhadap orang lain; dan bahawa perbezaan pendapat itu satu rahmat.   

Politik fitnah sudah lama bertapak. Contohnya ialah pendekatan yang digunakan musuh-musuh Rasulullah terhadapnya. Gagasan tauhid yang didakwah oleh Baginda didakyah oleh musuhnya sebagai ajaran sesat.


              

Tetapi, Rasulullah tidak menggunakan pendekatan yang sama, iaitu politik fitnah, untuk membalas serangan musuh. Sebaliknya, Baginda menggunakan politik hikmah, iaitu menyeru semua, termasuk musuh, dengan kebijaksanaan, dengan pengajaran dan contoh yang baik, serta dengan perdebatan dan hujah-hujah yang lebih baik.

Kejayaan pendekatan Baginda terbentang di hadapan kita. Betapa Islam tersebar luas dan dianuti dengan mendalam.

Rasulullah panglima perang yang hebat. Tetapi, selepas memenangi sebuah peperangan, Baginda pernah menangis kerana menginsafi bahawa umat Baginda akan berhadapan dengan perang yang lebih besar, iaitu melawan hawa nafsu. Politik fitnah ialah politik yang dikalahkan hawa nafsu. 

Jadi kesimpulannya disini yang gua dapat kata ialah gua xberani nak cakap banyak pasal agama and politik nie..nanti pasal-pasal gua kena sebat dalam blog gua sendiri..korang ada otak korang pikir la sendiri mana yang patut..Sekian.

Source : Saifuddin
 

No comments:

Post a Comment