Monday, November 12, 2012

Kahwin

Ringkas dan Padat tajuk post gua arini..gua nk cerita pasal KAHWIN..macam menarik jer kalau sebut pasal kahwin,betul x?.Sape tak kahwin ooiii..HeHe.Walaupun umur gua masih muda,tapi gua dah layak untuk mengundi,jadi gua rasa gua patut dan layak nak bercerita pasal kahwin dan berangan-angan nak kahwin.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)

Bagi gua kahwin ni susah,sebab gua rasa nak kahwin banyak dugaannya dan perlukan kesabaran yang tinggi dan strategi yang betul ( macam nak pergi berperang plak nak kena ada strategi..bhahaha ).betol apa?ingat kahwin ni macam pondok-pondok ke.Banyak yang perlu kita pikir untuk merealisasikan impian nak kahwin tu..contohnya :

1.Kita kena ada kewangan yang kukuh untuk menyara hidup suami isteri dan duit untuk majlis kahwin.Kalau ada orang nak sponsor lain laa..hehe.

                              

Makk oiii, RM15,500 bajet nak kahwin.tu baru yang biasa-biasa lagi..belum nak kahwin dengan anak bangsawan ngan artis lagi..kena plak calon isteri tu lepasan Master / PhD..paling kurang RM15K wang hantaran ( nie dah kira harga diskaun kad pelajar dah nie..bhahaha ).kalau gua guna duit ni nak buat HAJI pun dah lepas gua rasa..Dalam islam yang paling penting masa akad nikah tue jer.,Walimatul Urus sunnah.Tapi orang kita zaman sekarang tak dapat membezakan antara sunnah dan adat.

Berdasarkan hadith ini, Rasulullah telah memerintahkan ‘Abdurrahman bin ‘Auf supaya mengadakan walimah. Walaupun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi s.a.w sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2048).


2.Kita perlu persiapkan rohani dan jasmani kita untuk menjadi seorang suami yang cemerlang,gemilang dan terbilang gituu..bhahaha.

Ramai lelaki tidak berfikir panjang dan bersedia bersungguh-sungguh untuk bernikah sebaliknya membiarkan diri mereka dikuasai oleh nafsu dan kehendak yang meluap-luap untuk segera menikmati keseronokan alam rumahtangga dan menjalani kehidupan baru sebagai suami isteri. Perbuatan ini selalu membawa penyesalan dan penderitaan yang berpanjangan baik kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Membina rumah dari kayu dan papan pun boleh membawa bahaya dan musibah jika ianya tidak kukuh, kurang persediaan dan salah perancangan inikan pula jika membina sebuah kehidupan yang menampung pelbagai nyawa, hati dan perasaan tanpa persediaan, kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. 


Bukan sahaja bahaya, bahkan derita, sengsara dan juga iman kerap kali menjadi mangsa dan dikorbankan oleh nafsu dan hasutan syaitan yang gemar mempermainkan pasangan-pasangan muda sehingga terjadi perceraian atau pergaduhan tanpa henti dan kehidupan masing-masing penuh dengan duka serta masa depan yang suram. 

Perkahwinan ialah antara ibadah yang paling disukai oleh iblis dan syaitan untuk dirosakkan kerana kesannya bukan sahaja kepada individu terbabit bahkan mampu menjadi krisis yang besar dan mengundang pelbagai dosa sampingan yang lain seperti permusuhan, perebutan hak, fitnah dan sebagainya. 

Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir ra yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud :“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya untuk menghasut manusia melakukan kejahatan. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah melakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis pun menjawab : ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.” Nabi sallallahualaihi wasallam melanjutkan, “Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku telah mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan dalam keadaan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis pun memanggilnya agar dia dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.” (Hadis Sahih riwayat Muslim).

Cukuplah setakat ini saja mampu gua kongsikan..gua bukan nyer journalist mahupun pakar motivasi.just,berkongsi pendapat kerdil gua nie jer.Walaubagaimanapun,gua tetap nak kahwin..insyaAllah suatu hari nanti,moga gua mampu tempuhi ujian ini dengan jayanya.Assalamualaikum.




2 comments: