Tuesday, November 13, 2012

Kerja vs Belajar



Assalamuaikum..Arini tajuk post gua ialah Kerja vs Belajar.Sebab apa gua nak bincangkan pasal benda ni kerana gua rasa dah tiba masanya gua tentukan hala tuju gua dan masa hadapan gua nanti.Sebenarnya, gua konfius dalam menilai dua benda yang berbeza ni.Persoalannya disini ialah adakah gua perlu sambung pengajian gua ke peringkat Ijazah atau gua hanya berhenti setakat Diploma dan memulakan hidup di alam perkerjaan?

BELAJAR

 
Pada mulanya gua teringin juga sambung pengajian gua bersama sahabat-sahabat gua yang lain.Tapi,alangkah malangnya gua sudah terlebih over dan lalai dalam pelajaran gua menyebabkan gua tidak dapat fokus dalam setiap pelajaran sehingga tamat pengajian gua di peringkat diploma.Walaubagaimanapun,Alhamdulillah gua sempat juga menghabiskan perjuangan itu,Thank You Allah.Tapi,perkara yang merunsingkan gua ialah adakah gua dapat teruskan pelajaran gua dengan hanya berbekalkan semangat yang kecil ini.gua sudah cuba sedaya yang mungkin untuk berubah,tapi gua tak mampu mengubahnya.

Setiap orang mesti mempunyai cita-cita tersendiri begitu juga gua.Cita-cita itu tidak akan jatuh bergolek di depan mata kalau kita sendiri tidak tentukannya.Akan tetapi,cita-cita yang kita inginkan itu mungkin juga tidak akan membahagiakan kita dan kita juga perlu menilai kemampuan kita dalam menentukan cita-cita kita.
Sebagai contoh cita-cita gua ingin menjadi seorang  Art&Designer tapi gua tidak mempunyai bakat dalam bidang seni tersebut.tapi tidak mustahil kalau kita berusaha.

Bagi gua tidak mustahil untuk sambung pengajian walaupun sudah berkerjaya.Mungkin dengan berkerjaya boleh mematangkan gua dalam berfikir.Banyak alternatif lain yang gua boleh teruskan pelajaran gua.Misalnya,gua mengambil Pengajian Jarak Jauh ( PJJ) dan juga mengambil kursus-kursus jangka pendek.Bak kata pepatah, "Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih".

Kerja
 

Cerita pasal kerja pun memeningkan otak gua ni jugak.Sebut pasal kerja semua orang dah tahu sebab apa nak bekerja.Kalau tak pasal duit semua orang duduk goyang kaki jer dekat rumah.Perkara yang selalu bermain difikiran gua ini ialah gua nak berkerja apa? Memang la kerja berlambak jer dekat luar sana,tapi kerja apa yang sesuai dengan kelayakan gua dan menjamin masa depan gua.

Apakah gua patut berkerja di bidang swasta ataupun berkerja sebagai  badan kerajaan.
Tapi kerja apa? Takkan gua nak jadi Askar kot.Awal-awal lagi gua rasa dah kena reject.HAHA.Zaman sekarang ni tak boleh memilih sangat kerja.Sebab peluang perkerjaan dah semakin kurang melainkan korang mempunyai kelulusan yang terbaik untuk meletekkan korang dalam kerja tersebut.Persaingan kian rancak sekarang ni untuk mendapatkan kerja.Graduasi hari ini berapa banyak yang menggangur kat luar sana yang masih mencari kerja.

Tapi gua ada terfikir untuk menceburi dalam bidang perniagaan.Orang kata,buat bisnes cepat kata itu pun kalau kena caranya.Sabda Nabi s.a.w., "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."...Sebab itulah, orang berniaga hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya.

Jadi kesimpulannya,gua perlukan pandangan dan pendapat dari sahabat-sahabat sekalian.Gua sudah kebuntuan idea dah ni.Mungkin korang boleh share pengalaman dan pandagan korang dekat gua sebagai satu panduan.Sekian 



No comments:

Post a Comment