Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum,semperna Maal hijrah 1434H ni gua rasa nak buat post pasal Maal Hijrah.Sedikit perkongsian pasal untuk korang semua.


Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Jadi,gua berazam ingin memulakan hidup yang baru.Apa yang kotor yang penah gua lakukan dulu gua jadikan ia satu tauladan dan apa yang baik gua cuba pertingkatkan.Hidup kalau tak ada matlamat susah jugak.sebab kita akan sentiasa terpesong dan mencari-cari apa tujuan hidup.gua harap gua akan tabah menempuhi perubahan ini dengan sepenuh hati.

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

4 comments:

  1. Salam maal hijrah! :D
    Semoga berjaya melakukan penghijrahan dalam diri anda..

    ReplyDelete